December 11, 2010

Secret recipe.

Assalamualaikum.

Post kali ini akan sedikit menjelakkan dan memualkan sebab banyak menunjukkan makanan. Sehari sebelum membawa diri pulang ke melaka untuk exam, perlulah membawa diri berjalan jalan di sekitar teluk intan. hanya sekadar untuk menjaga hati sebab lepas ini mungkin susah untuk datang ke teluk intan lagi. maka, perlulah memanjakan diri di teluk intan. walaupun tidak banyak tempat yang dapat dituju namun. tetap gagahkan diri untuk berjalan walaupun sekadar teluk intan. :)


kedai makan pertama. kedai feveret bak kata orang. setelah jenuh memikirkan tempat untuk lunch dan sekaligus makan untuk breakfast, akhirnya kedai 'jodoh' mimie menjadi pujaan hatiiii.. crystal's boutique and cafe. kedai ni walaupun nampak eksklusif dan takut untuk masuk oleh cik cik adik yang masih student, namun harga yang ditawarkan kat kedai makan ni, memang sangat berpatutan. tidak mahal dan tidak dikenakan caj perkhidmatan macam secret recipe dan pizza hut. 

makanlah sebanyak mana pun, panggil lah waiter sekerap mana pun, caj tidak akan dikenakan. lagipun waiter waiter kedai ni semua kacak kacak belaka. jadi tidak hairan lah bila kami asyik berulang kali memanggil waiter hanya untuk bertanya '..nasi putih.?..'
kau memang mengada! :p

jadi santapan utama, 'ayam masak pedas'.
pedas memang pedas, tapi dinasihati yang ada darah tinggi jangan makan. sebab ayam ni.! fuh! sedap sangat tapi terlebih masin sikit sahaja. jadi ia agak janggal. namun tetap superb. 

kailan masak ikan masin. dah lah ayam masin, dengan ni lagi masin. fuh! terangkat. :)

makan makan dengan sangat best sebab makanan pun best, terus terduduk dan malas nak bangun berjalan. namun mengenangkan banyak tempat nak jalan lagi, terus membuka langkah ke kaunter dan membayar. hanya berapa belas ringgit. tidak lah mahal mana. kan gua dah cakap ia sangat berpatutan tidak mahal langsung. jadi siapa siapa datang teluk intan jangan risau kalau nak masuk crystal's boutique and cafe. sebab ia tidak mahal walaupun kedai dia cantik. ini siyes ni. gua bukan main main..

jalan jalan sikit, mimir kata ingin drop by di secret recipe pula. perut dia memang omputih sikit. susah dia ni nak tolak kalau orang ajak makan cake. pantang nampak.!
terus masuk dan melihat pada menu. 
yang kau tengok menu maca tengok buku A&P tu kenapa syafira?

sekali lagi, mood pembaca terganggu sebab tidak faham apa sebenarnya yang sedang cik single word buat. muka serious konon macam menu tu susah sangat. sedangkan tengah pilih nak minum apa saja. kecoh lebihhhhhh! menyaaaaaaaaaaaaampahhhh. :))


penat berjalan. maka terduduk lesi. sambil pass pass camera suruh snap. 

chicken curry puff.! i love this and ayah pun sangat love this. cuma dekat teluk intan CCf's dia tak menepati citarasa sangat. sedap masih sedap, namun tak sebest dekat alamanda. 

banana split. yang tang nak dapat ni, mimie buat lawak siap terkulai kulai. superb!


iklan sebentar...

ini sebahagian ribbon ribbon yang dah berada di tangan aku. kira aku dah mengikut trend masa kini lah. bila pakai shawl nak kena pakai ribbon. nampak comel sikit. sebab muka dah gangster, kena lah kasi muka nampak comel dengan memakai ribbon yang comel comel. teknik mengelirukan musuh!

oh btw, bunga biru tu hadiah dari ecah. dia kasi sebab dia pergi penang hari tu. aku pegi mana mana, bukan nak beli dia apa apa pun. kejam aku kejam. dush dush.. ! :'D

sambung balik cerita, selepas habis secret recipe's terus berlalu ke funfair yang tak berapa nak fun sebab dah letih, motif pergi sebab kisah mitos adibah yang nak jumpa doctor sri dia. yang digembar gemburkan sebagai jodohnya. kau memang nak kena abida...! 

selepas jenuh dapat power rangers di funfair terus called driver college untuk amik. balik dengan senyuman penuh di bibir sebab terasa fun sangat. sukaaaaaaaaaaa ssaaaaannnnngaattttt! nak kasi smiley love tapi tak reti.. love love looooove. :')

saat meninggalkan adalah sangat tidak best. ya ya memang tidak best. rupa rupanya banyak kenangan dekat teluk intan. dan dalam kenangan tu, ada yang baik dan juga yang buruk. yang buruk memang lah tidak best namun ia tetap kenangan, jadi harus dikenang. walaupun pahit, telan lah brooo!

hencik bestie : ..biarlah at least ada pengalaman kan?
cik single word : tapi pengalaman ni sangat bad.!
hencik bestie : habis? nama je pengalaman, semua kena baik baik sahaja?
cik single word : terkedu sambil angguk kepala. sedangkan on call macam mana dia nak nampak aku angguk kepala terus menepuk dahi dan cakap, ye ye. :'D

selipar jepun paling penting. entah siapa punya gua rembat tah. habis model lah ni? kau fikir kau dah cantik habis lah bila snap pegang luggage macam ni? 

tolong lah tolong...

eh kenapa emosi tidak terkawal korank ni. lek sudah.. hanya gambar hiasan kan. emosi lebih pula. dush dush! sekarang aku selamat berada di melaka. berada dalam bilik sendiri. dan terasa lain, terasa bilik terlalu luas. sebab time dekat teluk intan aku duduk side room, time kat college aku duduk master room. maka berbeza giillllaaaaa. :)

jadi mari pakai socks, dan berangkat. goodbye teluk intan's!
after this no more akk norihan yang selalu kacau aku amik report. doctor vimala yang selalu kacau aku cakap 'budak tak cantik', semena kau cantik kan doktor kau cakap aku tak cantik. fine finee!
merajuuk lah konon..

tak ada juga doktor 'jodoh' yang kacau aku kat kaunter bila aku tengah tulis nama dekat glove, time aku menari dalam bilik procedure sebab bangga passed hand washing. arghhhh! rindu semua. :')

a little word : jangan lah rasa ini datang lagi. syuuuh!

6 comments:

Anonymous said...

ouch.! ini comel semua...

kamal affendi said...

kalau lah cik single word tahu sesuatu

affendi yusuf said...

cik single word dah berpunya?

amirah said...

:D

dania said...

makin lama, cik single word makin cantik. bila nak berpunya?

arifays said...

kamal affendi : tahu apa?

affendi yusuf : nama u mcm kamal affendi, adik beradik ke? hehe., tidak berpunya. saya hak milik sepenuhnya kepada parents dan family saya. :))

dania : bila tiba masanya. saya kenalkan pada semua. insyallah. doa doakan lah ye.