December 10, 2010

cita cita.

Assalamualaikum. 

"...jujur aku tak kuasa, saat terakhir genggam tanganmu, namum yang pasti terjadi kita mungkin tak bersama lagi. bila nanti esok hari ku temukan diri mu bahagia. izinkan aku titipkan kisah cinta kita selamanya..."

hai semua. sekarang cik single word berada dekat teluk intan lagi. masih di sini. masih setia di sini. menemani pesakit pesakit dan mendapat sakit sejurus menjaga pesakit selama hampir 2 bulan. memang nak kena kau syafira oi. gua tengah pakai baju pink seluar pink tanpa ikat rambut yang basah sebab baru habis mandi. motif tulis dalam blog? :) confirm kau orang benci tengok blog sebab gua dah lama tak update. update pun bila ada gambar aku, kalau tak ada yang haku nak update lah. gua memang camni, sebab bagi aku post tanpa gambar adalah sangat mati, kata lain post akan tidak hidup. hanya samar samar je nak baca. bukan sahaja samar, langsung tak nampak terus sampai terus mendelete single word dari blog list. cis! jebat derhaka. 


sepanjang aku kendalikan single word tak pernah sekali pun aku bercerita pasal pemiliknya kan. just cerita life life aku yang kadang kadang kau orang pun bosan macam apa saja bila baca. niat untuk delete aku terus memuncak. berani betul.! jadi post kali ini, aku terhingin nak cerita pasal cik single word pula. mari baca even kau orang hampa. tolong lah tolong syafira. oke sudah, mari start.! :)


1. aku anak gadis namun teringin nak berperangai gangster. mak aku memang paling sakit hati dengan perangai aku yang satu ni. aku suka sangat cari pasal dengan meng-ganaskan cara aku berjalan. bertingkah etc etc. kata lain aku sebenarnya memang dilahirkan suci dalam debu, lemah lembut namun sengaja nak nampak ganas maka aku berperangailah macam ganas ganas sikit. jalan pun tak teringin nak jalan sopan sopan. mungkin kelak, mak mentua tengok pun beliaw akan cakap,
".. hamboi ni anak aku nak kawin dengan samseng kampung pisang kah?.." kata bakal ibu mentua ku sejurus melihat aku berjalan memasuki perkarangan rumah. hiperbola habis!


2. aku suka makan biskut yang telah direndam dan disejukkan. pelikkah? kenapa perlu kerut siap tutup mulut nak gelak tu? aku murka karang, tahu kah anda? sedap tau makan cenggitu. patahkan biskut jacob's itu menjadi dua lalu masukkan dalam air teh lipton yang sangat sedap, sejurus itu humban mangkuk berisi jacobs dan air itu ke dalam fridge. selepas sepuloh atau sebelas minit, bawa keluar dari fridge dan makan lah dengan di mulakan dengan bismillah. makanlah dengan penuh nikmat, sebab ia memang sedap.! cayalah gua boleh bukak kedai makan. :))


3. aku jenis yang nak jadi gangster namun aku tidak mengemari lagu yang hardcore hardcore. lagu lagu dalam laptop aku semuanya lemah lembut bukan main. aku suka dengar lagu lagu yang ke arah jiwang namun tidak sampai ke tahap itu. hanya lagu itu slow slow, tidak memecah gegendang telinga sebaliknya hanya mampu mencairkan tahi telinga. hahahaha.. 


4. time sekolah dulu, hanya suka menyibukkan diri walaupun tidak sibuk. gemar menyemakkan meja dengan banyak banyak kejadah, tapi bukan buat kerja pun sebaliknya melukis lukis meja supaya nampak cantik. kerja sekolah, yang aku nak buat dekat sekolah. memang aku manusia paling pantang kalau orang buat kerja depan aku, sebab nanti aku cuak sebab aku tak buat kerja dia orang pula beria ia buat kerja. memang lah gua cuak kan!


5. time orang fikir cita cita dulu, aku pun rekalah cita cita yang ngarut ngarut. yang gempak segempaknya. bila orang cakap nak jadi doktor pakar bedah, doktor pakar tuan puan semua aku lak tak, aku nak lagi gempak. aku syafira angan angan mestilah nak lebih dari orang lain, mengelabah! bila orang cakap nak jadi cikgu, doktor aku lak nak jadi saintis. aku nak cari ubat kanser nak cari ubat hilangkan ketagih rokok. aku tak nak orang mati lagi pasal kanser kanser yang durjana. aku tak nak hencik bestie mati sebab rokok. aku tak nak tak nak tak nak dan tidak mahu! tapi last last amik course nursing. terpesong kau! eh, mana ade terpesong lecturer aku cakap nurse juga jadi researcher. jadi, aku masih dalam bidang what.. 


6. aku suka beli barang tapi bila nak guna sayang. ini lah aku. lagi lagi kalau beli barang tu guna duit aku. lagi lah aku sayang macam apa. kalau boleh nak peruk benda tu sampai jadi beruk semata sayang nak guna. tapi kalau guna duit orang semena terus aku nak guna. aku kejam kejam, tolong lah syafiraaaaaa! :)


jadi itu sahaja, post bosan tiada banyak nak perkatakan. yang hanya boleh kata, ia booooosaaaaaaaaaaaannnnnn! bukan selalu aku hupdate blog tanpa sebab macam ni. kadang kalau nak update pun semata nak post pikce. tapi ni. gambar pun tak ada. ciskek betul! 


kan best kalau dalam sehari aku boleh jadi lima orang sekali. bertukar tukar colour jadi aku boleh masuk dalam banyak course untuk study. boleh jadi pakar bedah seperti yang didambakan oleh rakan sekolah, boleh jadi saintis, boleh jadi chef terkenal yang pandai masak kek dan etc etc. jadi aku akan lebih berpuas hati. argh! manusia memang tak reti reti nak puas. lepas satu satu, eh bukan! lepas satu dua lepas dua? hah! enam?

a little word : kalaulah aku mampu.. :'D

3 comments:

ANGAH@aloy said...

carikan ubat utk angah sekali

arifays said...

angah, ubat apa ye?

arifays said...
This comment has been removed by the author.