August 29, 2011

happy independence day.

Assalamualaikum.
dear all of u again. kali ni post pendek dan ringkas serta mudah difahami.

Salam aidilfitri maaf zahir dan batin.
pada yang masih tidak langsaikan zakat sila selesaikan. yang dah tinggal puasa sila ingat untuk ganti. yang suka makan banyak banyak time buka puasa tu rentikan leee. :)

oh tidak dilupa selamat hari merdeka yang ke-54. all of us dah boleh mula berfikir secara matang dan tulus sekarang jangan asyik nak gaduh nak demonstrasi bagai. so semua kena cool.
kena cari jalan penyelesaian dengan cepatnya pasal masalah masalah yang timbul tahun lepas. 
kes kes makamah yang tak setel setel lagi sila setelkan.


rasanya ramadan selalu bring a happiness. selalu mesti bahagia time time bulan puasa ni.
setiap tahun kalau ramadan mesti ada berita bahagia.
so terima kasih Ya Allah.
iloveu!
andai ada terlanjur bicara,
 ada post yang tidak kena,
maaf zahir batin ku pinta,
moga semuanya diterima seadanya.
ikhlas dari cik single word.


sekarang kat rumah semua sibuk. mak sibuk sidai kain, kakak sibuk tukar langsir, kakngah sibuk jahit beads baju sendiri dari semalam, hazzee sibuk letak kad raya dalam sampul surat, csw dengan ayah sibuk create ayat untuk tulis dalam kad raya untuk saudara mara dan para jiran. 
so again to all of you maaf zahir batin. zeroo zerooo okayyy!

a little word : moga tahun ini hikmahnya lebih besar.

August 28, 2011

uitm london

Assalamualaikum.
sekarang ni cuti. semua cuti. cuti ngajar, cuti jalan jauh jauh. dan kini sedang merehatkan diri dan cuma mengenangkan diri sendiri yang asyik tak nak makan. dah nak dekat raya dan insyallah selagi jasad di kandung badan nak teruskan puasa ni. tangan mula sejuk, kaki kalau menapak mula terawang awangan.

so kena teruskan full post yang tertangguh. tak nak hutang satu post.
so dalam banyak banyak hal yang terjadi pada malam itu, banyak benda juga lah yang boleh diambil jadi iktibar.*iktibar pun boleh ye

first, kalau nak drive ke kL 3hari sebelum raya sila pastikan minyak cukup.
second, kalau nak keluar ramai ramai dan nak bahagia pastikan battery camera mencukupi.
third, kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai *apa kena mengena

so mari start summary of the day ye.
3.10pm something admin HR text me cakap dia dah arrived dan perlu bertolak sekarang.
jalan otw ke sana memang lah mula menyesakkan telinga dah pernafasan. banyak gila kereta aku pun tak faham yang dok pi sana ramai ramai buat pa, ada apa kan. tengah tengah dalam kesangkutan tengah ibu kota abg driver tengok minyak, dah nak merah kot. mula call abang kepada admin dan tanya pasal petrol station. punyalah beria call last last dia cakap, "xpe cool je minyak tu cukup ulang alik lagi" *dengan muka percaya kat dia, terus letak phone
jalan jalan kat BB sampai pukul 6something dan mula berlalu ke pavillion. punyalah ramai rakyat jelata di sepanjang jalan. sebab cuak dengan keadaan yang huru hara, maka tangan sentiasa berada pada beg camera. bukan takut camera hilang, tapi takut kena tinggal.

let's meet cik fiera. 
lendu mascom's-ian. dia sangat ramah tamah dan sangat senang if duduk dengan dia.
1st met dah macam macam gosip dengan dia sampai PR dengan kawan2 lain pun pelik.
mungkin sebab nama sama both of us sama kot, tu sebab cepat ngam. ada kimiaaaa di situ. kot?


csw bukan sedang menguap ye. tapi ni pakcik zulhairi lah ni snap cenggini. cissskeK!
tapi nak jugak letak gambar ni sebab kalau letak gambar sama korank semua tak nak pi cari gambar gambar yang banyak di facebook tu.

#1 met faidhi syahmi yang sangat dirindui. lama gila tak jumpa dia, so bila jumpa macam "eh faidhi kenapa tinggi gilaaaa?"
#2berbincang dengan PR macam mana nak reply msj mummy yang asyik bertanya. 
*kaki sapa yang tendang aku tu?

muka aku nampak sihat kan kan? 
memang csw sihat. tolonglah sihat. amin amin

dan akhirnya, berjaya drive dari dataran merdeka pulang ke vista millenium dengan kereta manual ye. thanks to faidhi sebab tolong tukar gear, pada PR yang kasi drive kereta.

more picca do visit HR official page do click like and enjoy ur eid. HARGA REMAJA's

pasal title tu, nanti enam belas november csw akan check in di sana. so do wish me luck. akan bercerita panjang pasal itu nanti.

a little word : entah kenapa.

August 27, 2011

makan buka bersama

Assalamualaikum.
Dear all of u. hello! dah 27 hari puasa macam mana sekarang? ada masih kantoi kantoi skip skip lagi? harap harap tak adalah okay. pada tailor tailor semua amacam sudah siap semua tempahan? kalau belum bawak bawak lah pi siapkan tempahan tu. kesian kat orang yang nak bergaya sakan di pagi syawal tu. bukan main beria lagi tau tup tup tak ada baju lak. jangan ye jangan.
*sejak bila cik single word tulis macam ni?

okay sudahlah merepek ye csw. mukadimah tidak perlu terlalu panjang lebar sebab ini short post je pun. so kita tak payah nak beria-ia sangat tulis mukadimah panjang panjang. okay dah!
seperti yang sudah tertera di title di atas ye hencik hakak semua, csw telah ter-pelawa untuk join satu event yang dianjurkan oleh satu page di facebook. dan ia di-adminkan oleh seseorang yang sangat csw kenal so atas dasar itu, csw join. *mudah


so macam biasa kita kasi satu gambaq dulu kasik hampa ulas dulu. tak boleh lah gedebuk nak kasi full post kan, nanti hampa muntah darah lak. wah gituuu. so sampai sini dulu la. nanti bila semua dah setel. i'll update. so till then do take care.
:D
a little word : kenangan kan bagus.

August 22, 2011

wonder

assalamualaikum.

sejauh mana aku lari, setinggi mana aku terbang, sepantas mana aku kemudi, aku akan bahagia CUMA dengan kenangan itu.

bahagia.

Assalamualaikum.
mengenangkan post haritu yang terabai. mula rasa terkilan. chewah! tapi sekarang ni cik single word sangat sedang bahagia. sedang tersenyum bahagia, tak boleh nak cakap banyak banyak sebab sikit sikit nak senyum, nak rasa bahagia semacam. tapi memang sumpah bahagia sekarang ni.

mungkin sebab? pakar motivasi kot.

okay baiklah berbalik kepada post yang terabai ye semua. ia bertempat di the curve, damansara.
situasi adalah memilih juadah puasa, mencari baju raya, berbuka ye.


#1 choosing.
#2 confusing.

sebab pilihan menu belambak plus tak faham sebab in thai. kalau korank datang sini, pastikan buat pilihan yang bijak ye tuan puan hakak hadik semua. sebab pilihan dia boleh buat kau orang juling.
*ini serious

dah selesai pilih juadah berbuka dah siap booked semua, maka mula meredah keramaian di the curve tu. mencari sesuatu yang indah indah untuk hari lebaran.

seperti baju kurung, kasut raya dan sampul raya.
kenapa sampul raya? sebab sekarang kalau nak dapat free pun susah. 
:)

tahu sebab apa muka kami bertiga excited? tak tahu kan..

sebab..
 almost 15 dishes untuk malam tu.
aku pun pelik awat banyak benoo. lepas makan, semua tersandar lesu.
jenuh nak habiskan makan.
tapi recommended la. sebab food dia awesome.
as tukang bayar aku puas hati juga la.

kau tengok muka parents aku.

mak : are u sure this is our table?
ayah : awok rasa benar dah ni. nak buat lagu mana lagi kalau dah ter-oda. *ni slang perak ye

satu itulah malam buka puasa di luar yang paling banyak dish. jenuh tak jenuh memang tak yah cakap lah. sampai sendawa dua tiga kali juga lah kan. tapi setahun memang sekali je la makan banyak banyak macam tu.  nak makan hari hari macam ni anak tauke balak pun bankrap wooo.

sekarang ni pula csw ada masalah dengan makanan. tengok makanan semua tak lalu. perut tak lapar, tapi mak pulak sibuk risau sebab anak dia tak makan makan.

apa yang membahagiakan sangat tu? ada enam orang je yang tahu pasal kegembiraan ini. satu family aku dengan budak tu. sebab apa aku bahagia dan sukar nak berhenti senyum? nanti aku kasi tahu.
sekarang biar aku bahagia dulu okaaayy.

thanks for keep visiting me. do wish me luck. i love uollls.
a little word : alhamdulillah

August 16, 2011

senyum.

Assalamualaikum,
dear semua orang yang tengah baca.

orang cakap aku beremosi. syukur alhamdulillah, dah nak dekat tujuh belas hari aku puasa. penuh ye penuh. nak cter pasal update blog? wah memang makin pemalas ye wahai semua. nak tengok facebook? lagilah malas. bila tengok laptop memanggil memanggil untuk dibelai, barulah terhegeh hegeh pegi usha laptop yang macam dah usang. wah gituuu.
so berbalik kepada tajuk kita ye tuan tuan puan puan semua hadik hakak semua sila tumpukan balik perhatian ke screen masing masing.

cik single word sekarang memang sumpah sibuk. memang sangat sangat sibuk, kalau dulu semua benda boleh cerita, semua benda boleh kasi hebah tapi sekarang sebab busy maka semua benda terpahat di dada je.
balik sekolah mula rasa penat dan rasa gila lah cikgu cikgu aku dulu. macam mana cikgu cikgu aku tahan dengan perangai budak kelas aku yang astaghfirullah. masing masing terlebuh cool dulu tu.? terus buka blog kelas dulu dulu. wah tak nak sweet plak kan ktorank semua. kenangannyaaaa


so itulah kenangan. sebenarnya ni short post. so later i'll update okaaaayyy. till then take care.

a little word : aku beremosi sebab aku patut.

August 14, 2011

tidak teringin.

Assalamualaikum.
dear all of you. so sekarang macam mana semua? dah hari ke 14 puasa amacam steady lagi.? hooooyei. bagus bagus. syukurlah. sekurang-kurangnya kita masih berpeluang untuk terus berada dalam bulan yang sangat mulia ni. untuk dua hari yang lepas cik single word menerima banyak berita tentang ramai saudara suadara se-Islam yang sudah pergi menemui-NYA.
dalam kesayupan syahdu pemergian mereka aku turut merasa kehilangan. semoga mereka semua mendapat keberkatan bulan Ramadan yang sangat barakah ini.


aku tidak ingin menjadi racheal dalam HEART. aku juga tidak mahu menjadi Ryan dalam LOVE is CINTA. maka wahai seseorang itu, ketahuilah aku merinduimu.

sekarang csw jadi cikgu ganti. tahu tak cikgu ganti tu apa? cikgu ganti tu jadi cikgulah, bangun pagi, pergi sekolah, masuk kelas, jumpa student yang masing masing nauzubillah, masuk bilik guru, student datang bilik guru panggil sebab kena attend kelas dia, dengar bunyi loceng habis sekolah*perkara ni paling nikmat bila masuk kelas yang student masing masing kaki buli.

student damansara lagi ganas dari puchong tahu.

a little word : teringat time ktorank jadi cikgu ajar ngaji dulu. :'D

August 03, 2011

karangkraf 31st of july.

Assalamualaikum.
Alhmadulillah semua muslimin dan muslimat dah puasa untuk hari ketiga dah ye. syukurlah. pada yang tak puasa tu jangan lupa ganti. tick kat calender masing masing ye. penting tu, satgi kena soal jawab susah lak. soo amik precaution ye. dulu aku pun selalu lupa berapa hari aku tinggal puasa, tapi nasiblah ada cik meya mat salleh yang selalu ingatkan kalau kat kolej. kalau kat sekolah biasalah, kerja ingat ingat ni kerja cik puan Amalina rahman lah kan. :)

so as what i've mentioned pada post sebelum ini ye cik hakak semua. about the pre-shoot. ohyeeei. sebenarnya tak plan pun nak join. tapi disebabkan kakak yang beria-ia kasi support, mak pun sama dengan kakngah dan boyfriendnya lagi kan. so amik keputusan lah pergi jugak. even tak tau apa apa. first time kan, so it was totally macam the-butterfly-in-my-stomach kan. so memang cuak tak terkira siap nak terkucil-kucil, tapi rasanya pergi interview dulu lagi cuak kot.

so mari proceed.

chewah chewah.
bajet sibuk sedangkan tulis notes je pun.

muka nervous dan cuak plus dengan rimas dengan tudung lagi. 
memang time masuk hall pun tudung entah macam mana tah.

oh itu kakngah.
yang ye ye erk pakai white top jugak, tapi tak join.

oh dia datang support dengan abang zarul which is bakal-abang-ipar kan...
:)

before shoot, so try shoot main main dekat ruang menunggu dulu.
while waiting sibuk dok berdoa semoga tak tergeliat kaki. mana taknya dah lama tak sarung heels.
sebab sekarang suka pakai flat je, that's why bila sarung heels macam astaghfirullah

:'D
tapi syukurlah. tak ada apa yang tragis berlaku.

ni pulak time karangkraf's crew tengah kasi no giliran.
my lucky number for that day is seven. tujuh ye tujuh.

*tengoklah kaki pun dah macam tak sopan dah tu.
tapi kan heels heels semua yang datang semua mantap mantap.
yang csw punya lak macam biasa biasa je. 
gladiator dari summit time nak raya tahun lepas. tapi pernah guna dua kali je.

^____^

dan ini pulak, time nombor dah kena panggil.

muka tahan cuak dan try berkelakuan awesome.
sedangkan dalam hati gedebuk gedebak macam nak tercabut jantung semua korank tak tahuuu.

tapi akhirnya dalam pukul 11 something shoot selesai. lepas habis snap dengan abang botak macam FBI, then terus buka kekuda dan lari lari dengan heels sebab dah lapar. perut bunyi bunyi minta di isi. so geraklah pergi makan roti canai yang sedap dekat Shah Alam. semuanya alhamdulillah, berjalan lancar. doa doalah yang csw berjaya okaayyy. 

:D
dan harap harap gambar gambar semua tak kaku macam biskut mariee. harap haraplah tak kayu.
itu sahaja post kali ni. lain kali update lagi. 
Assalamualaikum. *oh! enjoy your ramadan.
a little word : dah berapa hari yek?