June 21, 2011

cik single word dijengah hackers

Assalamualaikum,
dear all readers, dan semua followers dan semua lah hampa semua. kawan kawan fesbuk dan juga pengjenguk pengjenguk setia wall, sila ambil perhatian ye kerana post ini akan menjadi sangat cepat dan pantas dan pendek dan ringkas. sebab tak ada niat pun nak update, just nak let u olls semua tahu satu benda yang bikin aku sebagai gangster panasssssssssss.

semalam tepat jam 11.23pm di kediaman tingkat 10 college kediaman aku, aku pun online menggunakan laptop adibah aka adib sebab aku malas nak on laptop sendiri, so aku pun dengan bangga enter email then password. jeengjengjeng..
your password is incorrect. you recently changed your password blablabla

apakah?? bila masaaaa???
so aku pun masuklah email buat blablabla, weyh apa ni apa ni. dan last last aku malas dan biaq pi la. malas aku nak layan benda benda ni. fesbuk tak fesbuk aku malas nak citer panjang panjang dah. it just kalau korank wall post aku tapi tak ada respon atau something just do know something, aku bukan marah atau cuba merajuk atau sewaktu dengannya, tapi sebab aku kena hack weyh hack!. hacktui!


*click for large view

your facebook account being hack by someone using this email : jaxa_90@yahoo.com
lagi sekali, sumpah aku terkejut. *tapi muka tenang
weyh, dalam banyak banyak page kena account cik syafira aka cik single word yang tak berapa nak femes ni kau nak hack. kan belambak sakit lagi. cissss!

aku pun tak faham kenapa dalam beberapa hari balik college ni macam macam jadi. dengan phone buat hal, facebook buat hal, account kena hack, iron baju terbako, macam macam weyh macam macam. kenapa ini semua terjadi??? okay! masalah kau sendiri cik single word oi. kau yang tak focus buat sesuatu kerja tu. tapi pada hackers, tolonglah weyhhh.

dah malas nak tulis panjang panjang. mana power rangers aku? 

a little word : =')

June 18, 2011

malaysia

Assalamualaikum.
sekali lagi post power rangers mendapat sambutan dan email masuk mencurah curah macam pelanggan mcd. tapi sorry sebab tak sempat nak reply semua ye comment kat single word pun tak reply reply. nanti ada masa saya reply yek. tapi tentang persoalan siapa power rangers saya masih tidak mahu bercerita tentang siapa dia. nanti kalau si power rangers datang single word kalau dia nak diri jadi femes glemer macam kawan artis aku nanti dia bagitau sendiri. tapi jangan risau satu hari nanti aku kasi tahu juga siapa si power rangers merah tu. kenapa merah? sebab kalau dalam citer power rangers merah rapat dengan power rangers pink. kenaaa.

tapi post kali ni aku just nak cerita pasal kesibukan aku yang amat sangat fuuuh penat!, siapa yang sempat jenguk fesbuk mungkin tahu lah betapa aku ni gadis berkerjaya yang sibuk tahap macam poyooo habis punya ye. kalau korank terserempak aku kat highway mana mana tengah drive dengan muka garang dan focus ye sila jangan honhon dan cakap hello! sebab confirm aku akan buat donno sebab aku kalau drive memang sangat focus ye. di mana aku tak pandang kiri kanan sebab aku pandang depan jeeee

so ini kisahnya :

0630am - klik *bunyi suis lampu ye cik adik puan abang semua.
ayah : kakyang bangun subuh. 
kakyang : cuti yah cuti. 
ayah : oryte! klik *tutup lampu balik


0930am - bunyi orang bersiap bukak tutup cupboard cari baju.
kakak : kakyang nanti check box kalau dah sampai packed bagi dekat blablablabla..
kakyang : okay. zzzzzzzz.. *tutup muka dengan blanket

1000am - ..sebutkan satu permintaan bila kau melihat bintang jatuh blablabla.. *bunyi message masuk
tekan password phone then baca message.
mummy : dah pergi belum?
diri sendiri : hah! *bangun dan bergegas siap terus reply message cakap 'tengah siap'
sebelum keluar rumah, tengok makanan kucing elek, stop kejap kasi makan kucing. nanti mati kebulur susah aku. nak menjawab...
drive pergi breakfast then isi minyak terus blah ke ldp. omakau jammm. demm.!

gambar ihsan goggle!

1030am - masih dalam mood jamm ye hencik habang hadik semua, ulang suara masih jammm ye. tapi dah separuh jalan maka buat donno lah jamm ke tak kena sampai damansara juga. tak boleh tangguh tangguh. ada tanggungjawab duli yang mulia sultan nak buat ni. so drive lah sambil melalak lalak kerana takut tertidur dalam jamm yang tidak cool itu. lalalalaala...

1130am - drive dari damansara pulang ke puchong. jammm lagi. hampa sekali lagi, namun tetap drive sebab banyak benda nak kena settle dooo
terus rasa macam nak straight pegi putrajaya jumpa dato' najib dan cakap kat dia, yaww! assalamualaikum perdana menteri apa cerr sekarang, saya nak kasi cadangan ni, apa kata kalau tak nak kasi jamm highway ni kita buat bertingkat tingkat lagi kalau sekarang ada dua tiga tingkat kita buat kasi ada enam belas tingkat, pastu kalau nak naik atas sekali pakai liff! perghh! power habis Malaysia idak nye cenggitu yoeb? kau memang nak makan penyepak pun, nak suruh goverment tax naik lagi kaaaa???

1200nn - selesai sidai kain bunyi message lagi sekali nyanyi nyanyi usha phone dan cuci kain dan lipat sikit kain dan main reply reply message dengan kakak berkaitan hal perniagaan. perniagaan kau! heee.
adik : kakyang hantar gi sekolah.
kakyang : laaaa, mana van?
adik : ntah...
drive hantar adik lelaki yang pengawas sekolah tu pergi sekolah. nak dekat sampai sekolah...
kakyang : weyh! semayang jumaat kan?? *sambil menunjuk ke arah masjid tepi sekolah
adik : nanti la, hantar gi sekolah dulu. belum azan lagi...
kakyang : solat tu tiang agama kau tau blablabla... *mula bagi ceramah macam kat hot.fm selalu time senja senja tu.


1230pm - menuju ke tesco, macam biasa kalau dah Malaysia kan waktu lunch lunch macam ni confirm lah gerenti punya waaa cakap luuu jammm lagi untuk bertemu dengan rakan perniagaan atas urusan bisnes yee.
'ize come izi come..' lagu grenade bunyi.
rakan perniagaan : kat mana?
diri sendiri : tesco la. 
rakan perniagaan : cepat datang depan blablabla.


1309pm - ringtone lagu orang korea bunyi. confirm mak aku!
mummy : mana berada, mak otw balik tak ada kunci rumah..
diri sendiri : nak balik jugak tadi ingat nak pergi post office amik barang customer tapi tak bawak surat menyurat, ni balik rumah dulu. oryte! jumpa kat rumah.
terus drive, kereta sebelah pandang pandang. eh, macam kenal tapi siapa yekkk. lalu depan masjid, jammm lagi, terus rasa macam nak jerit jerit, mengapa begini nasib ku mengapa jaammmm dari pagi sampai nak ke petang tak habis habis wooooi. tapi terus sedar diri, oh hari ni jumaat depan masjid confirmlah ramai orang orang soleh nak solat ann. okay, menyesal menyalahkan takdir. tarik balik nawaitu nak menjerit tadi. cancel cancel.

1430pm - masih dekat rumah tunggu nak ke post office. perasaan malas sebab dah baring atas katil yang empuk tilam yang best gilaaa, so malas dah nak gerak pegi mana mana ditambah dengan cuaca Malaysia yang wowooooo. amik towel, masuk kali ni dah 3 kali aku mandi hari ni, habis kulit kering. so terus pakai moisturiser banyak banyak.

1530pm - dah sampai post office untuk amik barang customer yang posmen tu tak hantar kat rumah aku, kalau aku jumpa posmen durjana tu memang aku lesing dia, nyusahkan aku jeee. sekali lagi ye jalan kat Malaysia jamm sebelum sampai ke post office, perlu redah jamm. bukan nak cakap infrastruktur Malaysia tak bagus tu sebab semua kawasan jamm, tidak ye tidak tapi rakyat Malaysia kaya sangat satu kete satu orang, cuba kongsi. kan jimat ruang. Ikea dah ajar cara jimat ruang, perodua pun dah ajar proton lagi lah dah ajar. so cuba praktik.

1630pm - balik rumah, pasang aircond dekat hall amik kusyen kusyen atas sofa dan tidur... zzzzzzzzzzzzz

1730pm - bangun dan terus ke dapur. keluarkan chili yang telah diblender. berniat untuk masak makan malam, suddenly..
mummy : buat apa kak yang?
kakyang : masak dinner.
mummy : makan kat luar je lah hari ni...
timbul pertanyaan ye dikepala hotak jemala aku ni, masakan aku sedap kan???

2030pm - drive ke restaurant berdekatan rumah opah sebab lepas ni akan melawat maksu yang baru tiba dari brunei. tapi alhamdulillah, selepas seharian bergelumang dengan jamm malam hari Malaysia tidak jamm. jalan lancar dan macam best gila drive.
:'D

2130pm - masih dirumah opah dan masih asyik tengok muka muaaz, yang sebijik muka macam anak cikgu murni si ariff tu. tapi dalalm fesbuk nama arif ni andy. kau pelik tak pelik, aku confirm confirm lah pelik kan.

kalau perasan semua main setengah setengah. lapan setengah, 10 setengah. kebetulann macam tuuu. :))
so berdasar kepada kejadian yang berlaku semalam, memang aku sibuk. tapi lepas fikir fikir balik aku tak kisah punya, sebab aku suka sibuk kan diri dalam semua bidang. lagipun kalau aku duduk rumah pun aku buat apa sangat selain sidai dan lipat kain. perghh!





so till the next post.
do take care.

a little word : siapa power rangers?  

June 16, 2011

power rangers

Assalamualaikum.
cuba teka mana cik single word berada sekarang teka teka. okay bagus! Malaysia. masih ye masih. tak adalah sebenarnya aku update post ni dekat balcony sambil dengar lagu need you by lady antebellum. tajuk lagu macam dah kasi hint pasal post ini. ye memang bijak ye lagu ini play kena pada masanya.

lepas post pasal cinta pertama, banyak email masuk. terima kasih kerana turut mendoakan. dan semoga dia tenang di sana. dan sekarang sesi luah perasaan. haah aku tulis ni time aku marah gilaaa tapi aku nangis, aku cunggap. tolong hanya baca kalau kau sedia saja.

did u know something frengh, i miss the moment. the moment we used to spend together. time kau sebagai seorang manusia biasa yang tidak boleh tidur yang akan call aku even dah pukul 2 3 pagi, hanya sebab tak boleh tidur ye ye aku faham. *time ni lagu timeless by justin feat kelly clarkson ye. rinduuu.. time kau call dan aku tibatiba rasa macam tak kisah teman kau study through the phone je lah kan, tak kan nak ke banting semata bila kau sorang sroang kat tingkat atas sekali *as what u said lah kan. time kau nak start study untuk final dan sama sama dengar suara QP yang berkumandang sampai satu blok dengar sebab kau bukak loudspeaker. aku rinduuu nak dengar kau bagi ceramah motivasi percuma lepas aku fadeup dengan perangai budak budak college. rindu nak cakap, aku tumbuk karang dan kau pulak cakap meh la tapi sampai sekarang kalau jumpa tak tumbuk pun tapi seriously kalau aku jumpa kau sekarang aku tumbuk kau, sumpah. ada lagi. i miss the moment when u keep asking me, eh macam mana nak stop smoke ni dan aku sekarang just macam buat derkk je sebab kau dah banyak kali cakap kau nak stop tak stop stop juga blah. sumpah macam kau tak sayang hubungan persahabatan sebab nak kasi aku mati cepat as secondhand smoker. benci kau.
dah aku malas nak cakap panjang panjang.

just aku nak cakap, aku rindu kau lah.


jangan tanya aku pelik pelik okay. sebab aku tak tau nak jawab apa nanti,
okay bai.

a little word : terima kasih. thank you. merci. grazie in  all languages

June 15, 2011

cinta pertama

Assalamualaikum

satu post ini akan menjelaskan kenapa cik single word terus single. power rangers ini untuk awak. 
:'D

aku dah lama jatuh cinta. dah lama sangat. waktu tu aku baru form 4. terlalu muda untuk jatuh cinta kan. aku tak tau pun apa cinta tu sebenarnya. perasaan cinta tu apa pun aku tak faham. tapi apa yang aku tau aku suka tengok dia. untuk empat hari tu just tengok muka dia boleh buat aku senyum sampai aku tidur pun aku senyum. dengan hanya melihat susuk tubuh dia yang tampak sempurna tu, itu dah buat aku bahagia macam apa dah. even dia just jalan sebelah dan terlanggar bahu time nak amik makanan pun aku dah mampu tersenyum untuk jalani perkhemahan yang memenatkan.yup! aku jatuh cinta untuk pertama kalinya time aku form 4 time aku ikut camp for the whole selangor.*selangor yang invite perak tau. dah lama dah aku jatuh cinta, dan kalau soalan ni ditanya untuk hari hari sebelum ni atau selepas ni. inilah jawapannya. kekal begini





















TAPI


cerita cik single word belum pernah berakhir dengan kebahagian yang lama. senyuman yang aku lakarkan lepas melihat dia tak lah kekal lama mana pun. sekejap sangat. tibetibe semuanya hilang senyap sunyi sepi. kalau orang lain kehilangan seseorang at least ada pusara untuk ditatapi. tapi aku? tak ada seorang pun tau kisah ini. kisah cinta pertama aku. cinta pertama aku meninggalkan aku jauh di sudut dunia yang terlalu luas ni. dan kalau nak tau. post pertama kat single word ni merupakan tarikh keramat untuk kisah cinta pertama aku. kenapa? sebab  tarikh tu lah hari dimana aku menerima khabar terakhirnya, bukan salam hai atau hello tapi khabar memberitahu dia dah tiada. dah pada tarikh tu juga aku tak menangis, tapi aku lakarkan satu senyuman terakhir kalau kalau dia melihat......

nak tau apa nama dia? time aku sketch drama untuk sem aku haritu, aku guna ringkasan nama dia.
ARHA - arif hakim..

al-fatihah.

aku menulis bukan untuk belas simpati tapi aku menulis untuk menjelaskan.

sekian dulu.

a little word : kisah aku bukan kisah dongeng

June 13, 2011

saya cinta awak juga

Assalamualaikum.
DEar blogger, readers, followers dan sebagainya. amacam? ada sihat kah? macam biasalah kan, cik single word pasti pastilah sihat walafiat, dah boleh update maknanya sihat lah kan kan.
malas menyerang aku pun tak tau kenapa, aku just suka tido lepas balik cuti ni hah. aku tidur suka, tapi suruh bangun terus tidak sukaa.

kalau kat college tak ada lah suka sangat tidur macam ni, tapi kat rumah. perghhh! pantang ada masa, tidur je kereje aku. kalau ada mak mertua confirm mak mertua aku tu terus reject shop aku. tapi selain tidur cuti sem kali ni aku amik kesempatan untuk mengasah bakat aku dalam bidang masak memasak ni. hah! *mak mertua terus menjegil mata memasing

mak aku akan kurusus so aku lah amik alih tugas masak masak. so lantak laaaa. :))
ni post untuk kisah yang lepas, so aku cerita kasi habisss la. malas nak simpan nak.


hah! terkezuttt korank semua, cik single word dapat mungeee tau. satu bakul lagi.! kau ade? 

hehe. ngeh3 cerita akan disambung semula. 



















taaaadaaaaaaaaaaaa.!
sobonar yeih, bukan aku punya pun, mak aku punya tu.

lepas aku balik cuti, sambutlah birthday party mak aku yang dah kena delayed tu. 
so lepas semua orang dah ada, makaaanyaaa ktorank pun celebrate lah.
semua ada. cukup forum!

lepas penat makan, kita kasi urut urut sikit.

tengok parents aku, bukan main menghayati lagi annnn.
tak blahhhh. 
:'D

dan ini pasangan pasangan dalam family aku.

pasangan tunang kakak sulung aku, then yang kanan pasangan kekasih yang suka sangat gaduh. asyik bertekak. aku pun pelik.

cik single word??? xyah tanya sibuk jeee.
:p

mimik muka yang ditunjukkan oleh mak aku dan aku kelihatan sama yeee.
like mom like daughter!

:)

dan tersenyum melihat orang lain susah. 
feveret aku!

dan lepas tu masuk movie.

okay baiklah! kami tak tengok cerita yang belakang tu pun, just suka tengok poster yang cute itu sahaja. maka terus cuba cuba untuk kelihatan seperti bear dalam poster, tapi hasilnya just saiz badan je sama dengan dalam poster, pose? tak samaa!

so tu je lah. kan aku dah cakap aku pemalas sekarang. update pun just ikut gambar je, caption pendek pendek. memang pemalas habisss. okay dah
baibai!

a little word : kenapa perangai awak pelik.?

June 06, 2011

saya cinta awak

Assalamualaikum.

oh hello.! adakah semua orang sihat sihat belaka? tahniah kepada yang sentiasa sihat, yang mana yang tidak berapa nak sihat, sila dapatkan rawatan dan menjadi sihat semula ye. :)

okay baiklah mengenangkan single word yang dah lama terabai, cik single word pun mengambil masa yang agak berharga ini untuk mengupdate sedikit sebelum melalut dengan lebih panjang untuk post seterusnya. sebab aku tengah sibuk sekarang so full version akan mengambil masa sikit. macam biasa sebelum apa apa aku akan kasi hint dulu. untuk korank semua mengunakan dengan lebih kerap akal korank yang bijaksana itu, supaya neuron korank tu jadi active sikit, kalau terperap je karang berhabuk, susah karang.



so till the full version post, sila sabar okay.

JAGA DIRI.

a little word : :D