November 17, 2010

selamat hari lahir dan aidiladha.

Assalamualaikum.
Dear bloggie, dah hampir berapa hari single word terkontang kanting.? ala sikit sikit pun jadilah. muntah sekarang. sebab semua orang tak pernah kisah. :)

demi nak menjaga hati sebab tak dapat sambut borndate dengan cake cake enak yang dibeli oleh parents. maka aku paksa roomate teman aku keluar hari sabtu sesudah habis shif sebab nak juga celebrate birthday. nasib baik dia ikut paksaan aku. if tidak memang gua mengamuk lah. gua kan gangster mana boleh menidakkan kehendak gua. sepak sepak bertubi tubi. haiyaaak.!


sebelum apa apa mari baca doa ye hadik hadik semua. tadah tangan walaupun dah baca doa dalam hati time order makan kat kaunter. namun demi nak tangkap gambar sanggup pura pura. dush dush. memang tak hengat order itu dan ini demi nak sambut borndate sendiri. last last kenyang sebelum habis makan semua benda. kenyang gaduh 3g dengan hencik bestie. apa daaa.


sekarang kau orang semua percaya tak gua memang tengah practical dekat teluk intan. nampak itu menara condong tu? jangan ar cakap tak nampak nanti terpedaya dengan kenyataan yang gua lebih besar dari menara condong. maka cakap nampak. nampak nampak.! boo syafira booo.
....
..
fine fine
memang lah tidak kelihatan dengan jelas yang menara tu condong sebab wa dah senget senget gua punya kepala so tidak kelihatan sangat. maka kau orang semua tertipu. terpedaya dengan tipu helah gua. haha gelak nada penjenayah bersiri. padan muka!


kenalkan. ini adibah dia anak saya berumur dua belas tahun masih kecil dan tiada tanda tanda atau simptom untuk membesar dengan lebih dari apa yang dia punya sekarang. hah penipu penipu maka telur meletup di dahi aku. hah tipu lagi. :)
dia nampak kerdil dan gua nampak macam gergasi besar. siapa suruh tangkap gambar dengan budak yang tak pakai high heels sedangkan diri sendiri pakai wedges berukuran 4 inches. hasilnya, gambar nampak macam ibu dan anak. siapa suruh... 



aku dah pernah cerita kan yang aku dapat camera pinky pinky dari ayah. dapat one set of gold ring dari mak. hah! dan aku pula beli handbag sendiri dengan hasil duit kerajaan dan yang kiri pula hadiah dari cik adibah tadi tu hah! beg kecil comel tu memang sesuai nak letak camera pinky pemberian ayah. 
terima kasih terima kasih. :'D
nampak stethoscope tu hah? itu aku punya. sapa kata gua tak pandai guna itu meh sini gua kasi lesing sekali. biaq pi kat hampa semua. ada orang cakap aku ni sebenarnya orang mana. perak ke penang ke negeri sembilan ke terengganu ke kelantan ke paris ke. eh akhir tertipu lagi. 
dengan ini cik single word ulang lagi yek. 
cik single word. cik nUr sYafira amir sHah anak kelahiran perak pernah tinggal di penang, johor, selangor dan kini study dekat melaka. seriously i didn't know how to speak in perak slang. sebab gua tak pernah dengar parents gua cakap perak. yang aku tahu, orang perak sangat comel comel belaka. bukti? nak kaki? :)


sehari sebelum semua rakyat2 muslim sibuk dengan rendang, lemang, ketupat, bagai bagai tu, aku dan housemate semua sibuk dengan air hujan. mandi hujan macam dah dua belas tahun tak nampak air hujan. sedangkan hari hari hujan plak kat teluk intan ni hah!
fun memang fun, tapi lepas main hujan. pening mula mengila. week week. macam ibu ibu mengandung.


di kesempatan ini, gua selaku ketua gangster kampung single word, gua ucapkan selamat hari raya aidiladha. demi mengenangkan lembu kerbau kambing yang tumbang hari ini, aku juga hampir tumbang kerana sedih tengok visitor visitor yang datang dengan rendang ketupat semua tapi tak sorang pun yang letak satu set kat kaunter. kejam kejam. sedih...

".. ya Allah ya Rabbi, dalam dingin malam raya ini, aku berdoa pada mu ya Allah. tabahkanlah hati ku, kuatkan lah hatiku, ikhlaskanlah hatiku ini untuk merawat hamba hamba mu yang memerlukan itu ya Tuhanku. jadikanlah hamba mu yang bersyukur dan jika ibu bapaku menangisi ketiadaan ku untuk kali pertamanya di hari raya ini, hapuskanlah air mata mereka itu ya Allah, dan gantikanlah dengan seribu satu senyuman yang mampu menceriakan hari raya mereka.. "
:'D



kau orang semua boleh tolong aku something tak?
tolong aku doakan kejayaan hencik bestie. doakan dia untuk kuat hadapi dugaan ini semua. dia tension dia serabut dia kusut jadi doakan dia lebih tenang untuk hadapi semua ini.
serabut tentang apa., let it be a secret. a real secret.
a little word : do take care him please.. :')

4 comments:

Fatin Hanani.. said...

sejak bila hang jadi gangster cik syafira oi...??
takpe nurse yang comel memang selalu tabah bekerja di hari raya.. =)

arifays said...

aku kan memang gangster dari dulu. apa anda tidak tahu.
murka murka..
hehe.,
eh, rindu...! <3

Anonymous said...

happy belated birthday

kamal affendi said...

happy belated aidiladha