October 23, 2010

hospital teluk intan.

Assalamualaikum.
dear bloggie macam mana semua sihat? kalau sihat bagus. kalau tak sihat meh datang hospital teluk intan boleh jumpa cik single word dengan uniform yang lengkap. aha!
kalau siapa siapa yang terasa nak batuk tu, nak datang flu, dah start sneeze around just do cepat cepat visit doctor yang berdekatan. dan dapatkan ubat dari pharmacy dan terima layanan yang baik dari seorang nurse.!
chewah, tak habis habis nak mempromosikan diri sendiri punya kerjaya.

pukul sembilan setengah pagi tadi ikut waktu tempatan, ktorank bertolak naik bus untuk ke teluk intan.
mengapakah pengangkutan untuk kami kelihatan sungguh menarik? tutur khairina.
namun begitu semuanya berjalan dengan lancar dan dalam bus adalah sangat superb dan menarik dan sangat selesa dan yang penting luas. serta kami selamat sampai di teluk intan bila jarum panjang kat jam pink aku menunjuk ke nombor 2 jarum kecik pulak tak ingat.

mungkin untuk hari hari mendatang aku akan sangat sibuk. belogsepot pun akan jarang di hupdate namun begitu. aku tetap sentiasa menyayangi korank semua ye wahai wahai penduduk single word. hatiku hanya buat mu. wah! ayat nak novel je kan. :'D
so sebelum aku stop, aku leave kan gambar aku sebagai gambar hiasan. tak kisah lah hiasan meja tulis ke, meja makan ke asalkan hiasan. ribbon pink dot dot digunakan dengan kemas, dan ramai suka dan cuba untuk merampasnya dari ku. namun begitu, jangan harap, cari sendiri ya..
p/s : (rujuk gambar) forgve teman aku yang kat belakang tu sebab agak penat.

so sampai ketemu yang semua. "..pada yang kurang berkenan melihat single word dipublish, harap sabar maafkan lah..." lirik lagu inul yang ikut suka hati aku saja tukar. jangan saman ya. saya gurau. :)
Assalamualaikum. 

a little word : thanks. at least u make me smile budak besar. 

October 22, 2010

melaka pun indah.

Assalamualaikum,
dear bloggie, how it's look like bila terpaksa tunggu tunggu like this. confirm korank akan mula hamburkan kata yang seperti di bawah
'cik single word kejam tak guna bajet bagus..'
relaks lah brader jangan la memarah sangat. aku ni bukan lah apa sangat kengkadang aku login jugak webpage belogspot ni namun begitu aku susah nak dapat idea idea menarik untuk aku hupdate single word. tu sebab single word terdampar agak lama. maaf dipinta guys.. :)



gambar first do tell u guys every single things. tapi aku tetap nak hupdate pepanjang aku pedulik hape. walaupun dalam post sebelum ni aku cakap aku xnak taip bebanyak tapi entah, gian kot. 
gambar bawah ni suppose berada kat bawah namun disebabkan malas jadi aku tak susun.
jadi maafkan ketidaksudian aku untuk tak kemas photo photo ini. 


ini aishah, dia roomate yang selalu gaduh sepak tembak dengan dia ni lah.

buddy untuk berfashion. dia sangat fun! sangat faham apa yang aku faham.
jadi faham campur faham jawapannya mengerti.!
kalau aku merepek agak agak korank masih nak visit belogsepot ni tak,
tapi sebelum pape aku nak cakap, ada aku kisah tak.?


gambar bajet bagus. check!

kenapa gadis gadis suka kelihatan cantik.?
sebab pertama gadis gadis suka nampak cantik glamer. sebab cantik dan gadis tak boleh dipisahkan. semenjak dua menjak tiga menjak nak masuk empat menjak ni aku banyak tengok gadis gadis melayu mengayakan macam macam fashion. dan semua gadis melayu masih pandai berfashion sambil menutup aurat,
kira fine lah. fashion fashion aurat tetap aurat. 
jadi bagus! keep it up girlss..


roomate yang terbaik dari ladang habak hang. 
aishah, suzwana, aliffa, dan tambahan buddy fashionlicious! 

gambar cik single word cuba mengempiskan perut dan menunjukkan pinggang ramping. check!


dalam banyak banyak gambar aku memang suka gambar kat atas ni. rasa macam sangat bermaya bila aku tengok. bila aku  tengok rasa sejuk saja ibu mengandung. wah! tiba tiba tu.
tapi time time sampai sini aku dikejutkan dengan keadaan pantai yang begitu ramai.
wah adakah ada pesta menuai di sini, bisik hati kecil syafira.
namun rupa rupanya baru teringat, ktorank pergi pantai tu hari ahad, confirm confirm lah ramai ibu bapa yang bawa anak beranak, pasangan kapel kapel lepak kat sini. namun jangan salahkan aku sebab aku memang jenis yang tak ingat hari dan tarikh. 


makam hang tuah. aku at first pelik aneh confius.
eh, bukan dulu cakap hang tuah xdek kubur ke? jasad hilang di dunia lah ape lah. tiba tiba driver aku bawa ktorank tengok makam hang tuah. rasa bangga at first dan tiba tiba meremang bulu roma.


makanan untuk malam tu memang superb,
hasil duit kerajaan yang tinggal berapa, kami berjaya melantak sedikit ikan masak tiga rasa, ayam tempura, sayur dan air dua jug dan ada lagi. tapi tak ingat.
tapi makanannya sangat sedap dan berbaloi. jadi hebat.! :'D


bila masuk hari melaka maju, kami bertiga pun maju ke depan. dengan bangun awal dan bersiap untuk beriadah. wah beriadah gitu... sambil siap sambil tu buang masa berangan-angan.
berangan nak jadi itu jadi ini.
melaka maju maju juga lah yang aku masih tak berapa nak maju. pakai baju pun simple kemain. macam nak tak nak je bersiap. just pakai baju hitam ramba ramba dengan inner hitam dengan jeans levi's yang ayah belikan dulu.dan shawl. tanpa menghiraukan mata mata yang asyik memandang sebab aku pakai macam semacam je. nak kutuk tapi segan cenggitu la lagaknya.



gambar atas dan bawah agak sama, dengan orang yang turut sama serta gaya yang agak sama. gaya bajet artis kan. hah! cenggitu la lebih kurang tak kurang. 
ini kira buddy fashionlicious aku kat sini lah. dua dua suka cari glamer dengan pakai colour colour yang striking macam apa kan. so sesuai jadi kawan.


aku nak explain sikit, rujuk gambar bawah ni. masa snap picture ni bukanlah aku sedang tunjuk chinocat chinocat yang ada namun begitu ia adalah di-snap tanpa pengetahuan semasa aku sedang sibuk nak betulkan sedikit calitan lip balm di bibirku. hanya itu, jadi jangan salah faham.
saya tidak miang.
ulang suara dalam caps lock, SAYA TIDAK MIANG. 



sebelum aku berhenti bercoret. aku tampilkan sekali lagi, aku suppose tak tulis sekali lagi tapi tulis berkali kali aku hamparkan satu gambar cik single word. hape ingat tak penat ke hupdate hupdate belogsepot ni. penat tau. that's why kena pameran sikit gambar beliaw yang sangat bertungkus lumus ni. 
wah! glamer i. aku dah ada dua ribbon kepala yang sangat cute sekarang. yang mana hanya bebekalkan duit yang sekangkang kera aku mampu. alhamdulillah.!
elaun oh elaun cepat sikit masuk ye. nak beli satu wedges dan bag itu.
jadi cepat masuk ye.

lepas ni kalau korank rindu aku sila jenguk single word dan tatap gambar ni puas. kalau susah sangat save picture aku (tapi bagitau dulu) then save kat phone letak jadi wallpaper biar hari hari korank jenuh tengok wajah aku yang sangat tak hape hape ni.

a little word : saya selalu bersama awak. even saya jauh. saya janji. :)

October 21, 2010

diari romeo eh bukan, diari julieto la.

Assalamaulaikum. 
Dear bloggie, its great to keep updating blog lagi. nak tau x apa yang paling best untuk seorang pemilik blog? yang paling amat sangat best untuk seorang pemilik blog adalah ketika munculnya masa yang mereka punya banyak idea2 yang menarik dalam kepala hotak jambul mereka itu.
dan atas dasar itu mereka akan sangat rajin untuk menghupdate belog belog mereka.
tapi bila xdek idea. fuh ! rasa macam nak delete belogsepot ni pun ada. ngeh3. :))

hari sabtu and guess di mana cik single word berada.? aku kat hostel duduk seorang seorang dalam hostel ni, wah! cik single word yang terkenal dengan gelaran ratu jalan ni masih lepak dekat hostel walaupun hari ni hari sabtu yang sangat indah dan sudah selesai final exam. pelik kan. tapi aku just tiada mood untuk mengalami hari sabtu yang indah ni kat luar. aku rasa nak duduk diam diam kat hostel dan mencari ketenangan. fuh! cik single word search ketenangan kat hostel. caya la..


habis je final aku terus senyum seluas luasnya. even aku tak tahu langsung kenapa aku senyum. even aku tak tahu tapi aku senyum juga. senyum time pandang semua orang even semua orang berkerut kerut dahi sebab tak faham dan tak mengerti maksud sebenar aku senyum. la? senyum pun salah?
semua orang sibuk nak cari cari jawapan sebenar untuk soalan paper tu. dan aku pula, mencari cari makanan untuk diisi ke dalam perut aku yang sangat lapar tak henggat. aku memang sangat tak makan sebelum masuk dewan exam sebaliknya aku akan minum air masak yang banyak. kerana? sebab aku takut aku akan tertidur semasa berada dalam dewan exam yang sejuk kerana kekenyangan. jadi untuk mengelakkannya, aku lebih rela dengar perut aku berbunyi dari aku dengar aku berdengkur sebab tidur dalam dewan exam. tak senonoh bukan? elakkan. :)


time berada dalam lecture hall adalah saat yang sangat mampu buat aku gelak. mampu buat aku senyum even benda tu dah jadi lama lama dulu. even time lecturer tengah bagi lecture aku tetap boleh gelak sebab kejadian yang for me. its lucu what.
such as,

student : miss, it's should be like this that and this errr..err..
lecturer : syhhhH.... i know what she's trying to say. and the answer is like this that blablabla...
dalam hati student akan rasa bengang dan malu melimpah ruah.
 tak yah sebut lah, memang confirm malu bai. :)

siap anak gadis student tu akan terasa nak lari lari ayam mengelilingi lecture hall sebab malu yang amat sangat. soalan belum habis miss siap syhh siapa tak segan oi.


. tak lama lagi aku akan bergerak untuk practical kat clinical area. memang sangat takut dan berdebar debar campur dengan perasaan excited. memang malas nak cakap banyak banyak. barang barang nak diisi dalam beg memang banyak macam apatah jangan cakap la. memang kalau boleh nak order satu lori bawa sekali.
tapi apa kan daya, principal sangat baik hati nak kasi ktorank bawak satu luggage sahaja. ulang suara SAHAJA. (hah! siap capslock lagi tu untuk mengatakan sesuatu yang agak tegas dengan nyata dan jelas tanpa dengung.)


bila hari hari makin pendek short dan ringkas, aku selalu terfikir kenangan dulu dulu. wah! aku sekarang banyak berfalsafah. kalah abraham maslow. eh tu bukan psychology punya orang kah? apakan daya aku dah campur haduk semua cerita, aku peduli hape. suka hati la.
so merujuk kepada gambar atas. dengan baju MNG yang kaler hitam tu, gambar ni disnap menggunakan webcam aku yang sangat tak menepati citarasa beberapa pihak. so aku tanpa peduli dan hairan dengan tanggapan mereka terus menerus mengsnap tanpa rasa segan. lantak la.
post kali ni memang tak membawa apa apa erti, hanya suka suka nak post. 
so kalau bosan click comment dan hamburkan kata kata kesal sebab post ni wujud.


sebelum aku tinggalkan hampa hampa semua untuk post seterusnya. aku let korank tengok dulu mukhadimah untuk post seterusnya. post seterusnya akan ada banyak gamabr dari penulisan cik single word jadi harap korank tak rindukan setiap butir patah perkataan daripada cik single word. so korank tenangkan hati je dulu ye. yang panas panas membara tu lek je kat situ. yang rasa lapar semua pegi makan kasi kenyang kenyang dulu, toksah risau post seterusnya akan sampai satgi. tunggu ye..

a little word : hencik bestie sedang bertungkus lumus tu. 

October 12, 2010

doa buat mu.

Assalamualaikum.
dear bloggie, post kali ni aku tujukan khasnya untuk bestie.
 aku selesai melihat beberapa gambar yang tunjukkan kemalangan yang jadi pada ten ten twenty ten. terasa kerdil jiwadan tulang belikat ini. bagai satu permainan melihat kejadian Allah taala.belum sempat jalan bertar yang bus aku naik terasa a little bit sejuk bus delima yang menyebabkan 12 orang terbunuh tu pun lalu jalan yang sama. which is jalan di lorong berlakunya kemalangan ngeri tu. terasa Allah masih nak aku beramal soleh dan jadi hambanya yang mengimarahkan isi bumi ni. dan sekarang aku terasa lebih lebih dan lebih yakin dengan qadak dan qadar Allah yang tak dek sapa boleh atasinya. Untuk semua ahli2 keluarga mangsa2 kemalangan maut itu, sejuta ucapan takziah aku hulurkan dan segulung doa aku lafaskan buat arwah muslimin dan muslimat yang sudah pergi..


Ya Allah, dalam doa kudusku aku memohon keampunanmu Ya Rabbi.
aku hamba mu yang terlalu kerdil dan jahil Ya Allah, aku terlalu banyak permintaan, aku terlalu banyak pengharapan, namun aku tahu Ya Rabbi, aku tahu tentang kekuasaan MU ya tuhanku. 
Aku pohon padaMu Ya Allah, bantulah temanku bimbinglah hatinya, ketuailah setiap langkahnya supaya tidak temanku terpesong dari citanya Ya Allah. permudahkan urusannya saat dia terasa sulit Ya Allah, saat tubuhnya kaku tidak tahu ingin perbuat apa hulurkanlah bantuanMu ya tuhanku. hadirkan seseorang untuk mendakap tubuhnya yang kontong tidak keruan itu Ya Allah.
 Janganlah kau rentap kedamaian hatinya, ketenangan jiwanya saat temanku sedang menjalani satu peperiksaan di sana. saat dia sedang berjuang di dewan besar itu bantulah dia Ya Allah, bantulah dia merasakan tenangnya menjawab soalan2 itu. 
Dan saat akalnya buntu, hembuskan lah ilmu2 buatnya walaupun sehalus sutera tebalnya, yang mampu membantunya saat mindanya kelam, buntu dan tidak keruan. 
Ya Rabbi, bantulah temanku itu peroleh satu keputusan yang membanggakan ibu dan abahnya serta keluarganya dan juga teman2nya. sekurang-kurangnya akan mampu dia lakarkan satu ukiran buat agamanya.
Amin.. :') 


confirm followers, bloggie2 yang datang menziarah single word akan pelik sepelik2nya. ape kejadahnya aku post benda ni. tapi aku xrasa benda ni salah. dengan harapan, saat korank baca post ni, korank turut sama berdoa untuk hencik bestie aku yang akan final exam 25th October ni. time tu aku plak hari pertama kerja kat   hospital teluk intan. macam mana debarnya hencik bestie kat dewan exam aku plak akan berdebar untuk start practical kat clinical area. isn't it fair guys?

kerana muka berminyak pada gambar2 atas.? ya bagus soalan memerli tu, memang aku mengharapkan soalan perli tu. it's taken time aku kat open house, sebelum berlari2 menaiki kereta untuk meeting kat cinema dengan cerita jangan pandang belakang congkak 2. tapi aku xtgk pun citer tu, aku just bayar, then aku lepak kat luar. sahaja2 nak memartabatkan industri filem tanah air dengan pembelian ticket yang banyak walaupun xtgk. great hah! kalau nak tau kenapa aku rerajin beli ticket tapi tak masuk cinema, hah! xyah tau. just do let me know kenapa dan mengapa. yang lain2 tu xyah nak tau. xpenting. :D

a little word : thanks for a short night 'meeting'.

October 07, 2010

cara cara pembelajaran cik single word. :)

 Assalamualaikum.
 Dear bloggie, entah kenapa post yang sebelum ni menyebabkan ada annymous yang nak berdebat dengan aku. entah la. tapi aku layankan je,dah tu hak pembaca2 untuk bagi comment. so as pemilik single word dan penulis segala patah perkataan kat sini, aku layankan je. aku jawab semua dengan rasa sangat puitis terhadap segala soalan dia.

 sekarang aku nak ceritakan how is cik single word belajar. is not i'm perfect, tidak tidak dan tidak. hanya sekadar post selepas aku selesai berhempas pulas di lecture hall time buat exam tadi. so dengan ini, final sem 1 setel.! so boleh lah cik single word concentrate updating single word. tarpapapapapa.. :))

so let's get ready. dengan lagu omputih kat belog ni. hah! bce leklok k..

1. sepahkan meja.
 letakkan nota yang bermacam2 di atas meja korank. even korank xsentuh pun nota2 tersebut, just do leave it there. secara tak langsung time korank gi duduk kat meja tu, korank akan terpandang akan kewujudan nota2 ringkas tu. so then secara tak langsung korank akan ingat. mungkin cara ni korank akan rasa xpercaya untuk ikut, tapi untuk aku ia adalah sangat berkesan. hah! macam kat gambar bawah ni. hah! see penuh satu meja nota2 aku. 


2. frame2 atas meja.
 letak gambar2 yang sangat korank sayangi atas meja. rujuk gambar atas. (agak kedekut gambar sikit so pakai gambar sama) see! meja aku penuh dengan frame2 gambar yang datangnya dari IKea. gambar mak, ayah, kakak, kakngah dan juga gambar2 bestie yang xpernah luput dari ingatan. xcukup dengan tu dekat board tu pun aku tampak2 lagi gambar untuk bagi aku semangat time belaja. tapi kadang2 kat meja tu lah buat aku tidur sebab meja aku sangat romantic. penuh dengan barang pink, dan kadang2 penuh dengan barang2 dari meja sebelah yang xberkemas. haha., :)

3. jangan tidur lewat even korank xbaca pape pun lagi untuk test hari mendatang.
rujuk gambar bawah. aku memang xpernah tidur dalam kelas. perghh! bangga. tapi memang sejak aku kat high school dulu, aku xpernah tidur dalam kelas. never and ever. so sape2 yang pernah fitnah cakap aku tidur dalam kelas tu, meh sini bawak bukti. aku memang xpernah ye. even aku sembamkan kepala aku kat meja tu, mata aku xkan pernah terlelap. so orang sibuk tanya macam mana boleh macam tu, so ape yang aku tau aku x jenis yang sangat jarang tidur lewat. even aku tengah exam final, aku akan pastikan mata aku xkan bengkak time masuk lecture hall. even banyak benda aku xbaca lagi, aku xkan membazirkan masa tidur aku.
aku sangat mementingkan tidur yang berkualiti.


4. letak nota atas katil.
benda ni adalah sangat aku xleh nak stopkan. aku sangat suka banyak2 benda atas meja aku. sesempit mana katil orang lain, lagi sempit katil aku. aku terbiasa dengan cara tidur yang mana aku akan baca sesuatu sebelum tidur, aku nak macam2 benda berada atas katil aku. aku sangat rasa terlindung if there lots of things atas katil aku. bantal aku bukan satu atau dua, tapi empat. selimut aku ada dua even xpakai aku suke nak letak macam2 benda atas katil aku. so cara keempat, aku study atas katil. i mean, aku baca nota sebelum aku tidur. bangun je tidur, nota dah melekat kat dahi aku. :)

5. baca nota sambil pakai earphone tanpa pasang lagu.
selalu dengar orang cakap, dorank can't study without music and all such things. untuk aku. aku sangat bantah apa dorank cakap, how can korank baca nota sedangkan kepala terhangguk hangguk sebab lagu yang dahsyat2 belaka. tak logic kan. sangat tak logic. aku pulak, aku suka letak phone sebelah dengan earphone yang terpasang bersama. dan aku akan pakai earphone tu, dan aku akan baca nota2 aku without pasang lagu. nak tau motif nya? of course i do have motifnya.sebab time aku tengah baca note2, aku sangat benci kalau ada yang dok panggil2 aku, dok kacau2 aku. aku sangat tak suka. so aku akan buat2 tengah dengar lagu, so even dorank panggil aku, konon2 aku xdengar dorank tengah panggil aku. 

6. baca nota sambil minum air masak.
kalau korank perasan kat gambar first tadi, ada satu botol air yang sangat besar kaler pink. nampak kan? hah! air dalam botol tu aku boleh habiskan dalam masa 2 hari, seorank diri. kadang2 aku pun xtau macam mana aku boleh minum sebanyak tu. kenapa aku minum air bebanyak? sebab kat sini aku sangat cepat dahaga. sikit2 nak air sikit2 nak mandi. ntah la. gwe pun xfaham daaa. tapi baca note sambil minum air masak, memang best.! 


7. record nota korank yang ringkas dan dengar berulang kali.
mungkin akan ada di antara pembaca blog yang pelik dengan ajaran ni. tapi ni adalah cara ynag sangar berkesan. serius. gwe xbohong ni. korank pernah tak dengar lagu yang korank minat melalui earphone korank yang mahal2 tu? then korank record lah subject2 yang memerlukan penghafalan yang maksima, after record korank pakai earphone tu kembali then dengar lah recording suara korank yang enak2 merdu tu berulang2 kali, tanpa henti. teknik adalah sangat bagus. sebab aku jenis yang suka keluar jalan2 even esok hari adalah exam. so aku prefer untuk buat cenggini, even aku enjoy2 kat luar telinga aku akan sentiasa didendangkan dengan nota2 yang telah aku record kan sendiri.

8. sebelum, semasa dan selepas tutor masuk.
sebelum tutor masuk lecture hall jangan sekali-kali mengidam dan memasang niat untuk tidur atau mengantukkan diri di dalam kelas. dan ini adalah sangat penting sebelum menunggu tutor masuk lecture hall galakkan kaki korank untuk berjalan2 di sekitar hall supaya gluteal tidak membesar. faham?
semasa tutor mengajar jangan sekali-kali melentokkan kepala korank even korank terasa kepala korank berat semacam ape je. jangan jangan dan jangan. tolong lah jangan ye. ulang suara, jangan.! kalau terasa mengantuk yang amat sangat, ambil sekuntum kertas (sekuntum) dan sebatang pen yang sangat banyak ink. dah dengan itu dengan niat untuk menyahkan rasa mengantuk itu, mula lakarkan bermacam2 cartoon atau icon yang korank gemari. awas! jangan lakukan perkara ini jika tahap keyakinan korank adalah rendah.
selepas tutor jenuh menghabiskan air liur mereka jangan pernah sekali pun korank lupa untuk mengucapkan ucapan terima kasih, thank you, syesheni, dan sebagainya. tak kesah lah dalam apa sekali pun bahasa korank gunakan asalkan korank sebut. ini bagi mendapatkan sedikit keberkatan daripada apa yang telah korank dapat daripada cik tutor. ngerti?

9. dapatkan kata semangat.
ini untuk aku adalah sangat2 penting dan berguna untuk nusa dan bangsa. bagi aku, aku sangat memerlukannya lebih2 at least aku dapat dengar suara mak aku before masuk exam hall. kalau aku nak menduduki satu exam even sekecik mana pun, aku sangat perlukan satu ucapan doa semangat yang dapat membangkitkan aku dari terus khayal. kata2 semangat yang selalu aku dapat adalah x lain xbukan daripada bestie tercinta. dan ini sangat mengharukan sebab setiap pagi dan setiap malam diperlukan satu message perangsang daripada beliaw yang bergelar bestie tu. kalau malas nak taip pun beliaw akan call dan itu sangat mengharukan. cheh! sedih lah part ni. :'D

dan bagi aku itulah cara-cara nya. nak cakap bebanyak pun, korank ngan aku punya cara lain an. xsama langsung. kalau ada yang sama tu mungkin tanpa di sengajakan. kalau ada xpuas hati atau kemusykilan sila layari facebook atau formspring cik single word ye. :))

a little word : could you forgve me?

October 02, 2010

sesi kenal collegous anda.

 Assalamualaikum.
dear bloggie, ape kabo semua? sehat x semua? alhamdulillah. syukur2. at least korank bahagia aku pun bahagia la. even sebenarnya perasaan berkocak-kocak berkerumun dengan duka an. parpapapapa. :D

sepanjang ketiadaan aku kat sini, aku sangat mengharapkan korank semua rajin tengok blog. sebab single word nampak kusam semacam. aku dengar macam2 komen daripada penjengah2 cik single word ni hah. ada yang masih rasa selesa menjenguk belog dengan lagu yang sama ni hah even post xterhupdate hupdate. ada yang mengesa2 menyuruh tuan single word menghupdate single word yang sudah lama sunyi dengan post2 baru nursing nye. baiklah sekarang tibalah masanye.. jeng jeng jeng. :))


sesi kali ni aku siarkan dengan jelas dan nyata gambar2 serta wajah geng2 aku yang sangat aku rasa ngam dengan aku kekadang. sebenarnya wajah di sini tak cukup. so gambar2 seterusnya akan diupdate dengan lebih nyata dan yakin untuk masa yang akan datang.


 pengalaman duduk kat hostel ajar aku memacam benda. korank nak petua tak cara2 duduk kat hostel? meh sini aku kasi tau. aku xlah pandai sangat, coz ni pun first time aku dok dalam hostel2 ni an. tapi aku rasa aku nak jugak post benatang ni. sebab aku rasa, eh2 suka hati aku lah. dah blog aku an.

1. jangan simpan baju yang korank sangat sayang dalam almari. 
nak tau kenapa? mesti korank akan cakap, hakelaeyh kemutnye aku ni. aku ni kedekut bagaimanakah kan. tapi actually, cuba korank bayangkan. korank dok kat hostel tu untuk tiga tahun, so then korank need one big siblings kat sana. xleh lah asyik2 nak gaduh. sikit2 nak tarik muka. kecik punye hal even hal tu berkait rapat dengan pakaian korank xnak bertegur sapa sampai 3tahun an. 
so then just imagine one thing, kalau suddenly kawan korank nak pinjam baju yang korank sangat sayang. which is baju tu korank xpernah kasi orang lain pakai, even siblings korank yang benar2 suddenly kawan se-rumah ngan korank nak pakai.? hah! camne?



2. jangan kedekut dengan makanan2 yang korank beli.
 even korank beli makanan2 tersebut dengan duit korank sekali, tanpa mengunakan sesen pun duit kengkawan korank. korank xleh la ada sikap kedekut tu. even sikit pun perasaan tu xleh ada. kalau ada siapkan lah diri untuk nyahkan nya. sebab kengkawan hostel ni, xcakap depan2. dorank selalu cakap belakang. so, even baik cmne pun dorank mesti akan ada satu dua benda tak puas hati dengan korank.


3. kalau beli barang tu, jangan beli tanpa memberitahu mereka.
korank mesti pelik dengan statement ni. sebab kalau kat apartment aku ni. semuanya bersifat sangat prihatin. bersifat ingin tahu yang sangat banyak. dan kadang2 ia mencetuskan rasa curiga ramai pihak kalau kau xkasi tau ape kau nak buat, apa kau nak beli. ia akan jadi aneh. so u better watch out!

4. jangan beli laptop dan pakai sendirian berhad.
ini adalah perkara yang sangat korank perlu amik perhatian. walaupun laptop tu tidak ada perkongsian dalam acara pembayarannye. sebab, semua pihak akan ada rasa cemburuan tu. even sikit mesti ada. xleh tengok orang lebih sikit, mesti nak dengki. mesti nak bengkek.

5. jangan marah jika mereka duduk atas katil korank.
satu perkara yang sangat aku tak suka adalah benda ni. aku punya lah kemas katil aku kekemas sekemas yang boleh. selagi kedut tu selagi tu aku tegangkan cadar katil tu an. cadar aku sebelum aku apply ke katil aku akan iron beliaw supaya ia nampak more cantik dan menarik untuk aku tidur kelak. tapi aku rasa dengan berada di tingkat atas, katil aku lebih selamat daripada dihenyak makhluk2 housemate.
lagipun korank kena lah faham, xkan korank nak marah sebab tilam korank tu jadi selembik apam balik an. dah memang pihak college pun xdek lah kasik korank tilam dari ikea tu kan. yang harga dahsyat2 bila tidur pun xnak bangun2 tu an. so korank kena faham, hidup perkongsian di hostel. so sila jangan cepat mengamuk.


6. jangan malas ikut jadual bertugas mengemas rumah.
ini adalah satu tabiat yang sangat ktorank satu aprtment amik serius. bukanlah nak mengada2 cerita tapi setiap tempat mestilah nak kena kemas bersih dan teratur kan.? isn't it? ya it is. so if hari tu korank punya nama terselit dalam sesi mengemas rumah, jangan lah buat2 sakit kepala, sakit perut, sakit anak mata semua. xdek maknanye semua tu. dah hari tu kau bertugas, buat! jangan nak delay2. kau ingat kau puteri raja ape kat dalam rumah? even kalau kau kat rumah, kau xpernah pegang penyapu, xpernah pegang mop, dah kau masuk hostel ada kau bawak maid kau datang sekali? xdek kan, so pepandai la.

7. tolonglah jangan curi barang orang.!
banyak sangat dengar pasal benda ni kat rumah orang lain. dan ia adalah sangat menjengkelkan. plus, ia adalah satu benda yang sangat stupid. mungkin habit ni sangat lah jarang jumpa kalau masing2 saling faham pasal dosa dan pahala. kalau tak mampu nak beli, pinjam je, jangan curik. ngerti?


buat masa sekarang benda ni lah yang sempat aku kaji selama aku bertapa kat aprtment ni. setiap satu2 perkara aku tengok bebudak kat rumah aku buat. ada yang baik, ada yang xbaik. macam ape yang selalu aku dengar mak aku ckap, yang baik ikut, yang xbaik jangan gatal2 nak ikut.
buat sementara ni aku tinggalkan korank dengan video yang sangat fun. satu video yang amiruddin suruh aku dengar dan komen. korank pun komen la. sampai sini dulu lah aku menghupdate blog ye. kalau ada lagi nanti aku update sebelum aku gerak gi practical. sebab bila sampai hospital of coz i do busy sesangat. so kalau ade pape, just do leave me some comment yang membina. yang ada number tu, call je. xkesah.


saat tubuh kaku, saat kaki xmampu lagi menapak laju, sambutlah tangan tuanmu. dah usah paling pada aku sebab aku tidak lagi menanti mu sebagai seorang teman. sebab kau pernah menyakiti satu saat yang kita hias bersama. jadi kau buat cenggitu an? fikir ar.! 

 a little word : i do love u, as long as u love me too.