July 24, 2010

cik single word di college.

dear bloggie,
sekarang cik syafira ni kat vista ye. kata lain rumah sendiri. it's fun to feel home's balik. sekarang ni aku dah nak start tekad yang aku impikan2 time aku bosan2 kat melaka tu.! aha, dah nak start ni. aku nak kasi amaran ye kat sini. post ni akan jadi sangat panjang dan penuh gambar, so sapa yang malas baca, tengok je gambar. tapi baca bila rasa bosan. post ni penuh manfaat dey.! :)

aku bertekad time balik vista ni, aku nak makan makanan yang dimasak di rumah oleh mak ke kakak ke xkesah la, asalkan makanan tu dimasak di rumah aku. dua, aku nak updating blog sepuas hati aku. even panjang mana pun post kali ni, aku tetap nak hupdate single word ni.

time korank baca-baca setiap butir huruf ni korank xtau time aku tulis dulu, aku siap kesat2 air mata aku sebab aku dah pedih mata sebab ngantuk. tapi xnak tido. aku nak update single word ni. xnak xnak xnak!

life kat college memang different lah nak compare ngan life kat sekolah an. aku? still degil semacam la. socks semua kena putih, fail just boleh pakai fail yang college sediakan, tudung just boleh hitam atau putih, makan ikut time yang dorank sediakan. tapi syafira tetap syafira.

aku mana plak nak ada socks kaler putih, semua pink. aku tetap jgak pakai fail pink aku, tudung aku mana pernah nak ikut rules semua kaler2 mencabar kewibawaan budak2 lain, memang aku degil lah.
korank hengat aku baik sangat? xdapat la...

korank nampak gambar bawah ni? hah! yang dok menongek tu, tu akk wawa. dia sangat cool! dia memang sporting habis la. kalau kat nilam's aku ngan muniq memang rapat r dengan akk wawa ni. dia ni chinese look gile. dah la free hair, memang nampak chinese habis. :)


korank amacam? seronok dengan life-life korank? hah! bagus. melihat kepada gambar-gambar yang aku upload-upload ni, semuanye gambar time aku daftar masuk college dulu.

betul cakap ayong dulu
"confirm nanti kyg masuk college, time orientation memang xkan stop nangis la"
aku plak of course aku nak sangkalkan,
"eh, mana plak. kyg kuat la. bukan macam ayong lembik."


memang xsalah kalau nangis kan? korank pernah baca ke orang buat kajian tak boleh nangis?
xdek kan, so then aku biar air mata aku tu. kadang2 bila memalam orientation tu, aku pegi balcony tengok jauh ke arah laut yang sangat luas tu.
tengok kapal, bintang, taik bintang, lampu letrik. semua la!
then tibe-tibe confirm aku nangis. bukan aku nak cari publisiti kat situ an,
tapi aku dapat rasa ke'homsick'an tu. ngerti?


lihatlah wajah-wajah aku yang tembam bak ballon yang macam apatah.
bulat semacam bukan semcam act, it's dua tiga empat macam lagi.

wahai cik pipi janganlah awak mengembung lagi,
saya dah tak larat nak bawak awak jalan-jalan dah.
awak kuncuplah ye.
awak jadilah normal balik,
janganlah jadi abnormal.
dengarlah cakap tuanmu ini ye.
oke?

 

berkat rasa pemalas aku tu, tengoklah muka aku. pucat kan?
xcaya? tengoklah semua gambar muka pucat macam si mak-mak yang baru habis bersalin.

aku memang jenis yang pucat kot.
kat college, ramai dah tegur. dalam pelbagai bentuk soalan.
'feera, u oke x? bibir u biru.'
'feera, muka kau pucat la, dah makan belum?'

 

merujuk kepada gambar bawah, aku bukan nak try katil double decker yang besi ni.
tapi time ni, aku tengah panjat memanjat nak pasang cadar ye.
amik perhatian.

time ni aku dah terlambat, bukan aku. tapi kedua akak aku tu.
dorank siap lambat, so then ktorank bertolak pun agak telat.
then, aku terpaksa amek tempat yang atas.
 hampa di situ. sobsobsob.. :'(

aku kalau dalam class kekadang ada jgak aku buang-buang masa sikit. nak tau sebab nye?
sebab aku blaja apa yang aku dah tau.
apa yang pernah aku study time form 5 diulang tayang macam kat dalam cinema miD valley.
jadi ia jadi bosan sangat dan amat ye.

kekadang, telinga aku dengar tutor bebel kat depan,
aku plak dok melukis setiap apa yang tutor tu bebelkan.



gambar menunjukkan wajah penat nak mati sebab buat banyak keje mesti wajib masukkan.
kasi simpati banyak masuk sikit. (rujuk gambar atas tu)

nampak tak aku pegang ape tu,nampak ark?
hah! itu stethoscope. semua student dapat lah benda tu, bukan aku rerajin nak beli.
sebab pihak college bagi, adalah benda tu perlu bawak time pegi practical bulan 10 nanti. ngerti?


korank terasa mengidam tak nak tengok ghupe bentuk college aku yang namanye sungguh gah tu?
nilam college of nursing and alloed health sciences.
fuh! glam habis namanye.
tapi college nye biasa-biasa je.
xlah segah segi tu, masterskills tu.
 (rujuk gambar atas tu, yang melintang terbentang tu)


oh sebelum aku lupa, act lepas je aku selesai daftar masuk college ritu.
orang KARANGkraf call suruh aku datang untuk photoshoot.
time mak aku cakap pasal benda tu, aku frust gler weyh.!
sampai aku nak nangis bila mak aku cakap yang orang KARANGkraf tu cakap 'xpela'

weyh, aku nak sangat pegi photoshoot tu.
tapi aku baru je masuk college time tu,
dah la pihak college tu susah nak berkompromi.

wahai orang KARANGkraf, nanti time saya cuti sem awak jemput saya lagi yek.
saya janji saya datang photoshoot tu. janji rock! :')


saat jalan around jonker walk memang superb even bau semcam.
sebab penat sikit, cara aku pose pun jadi xmenentu.
gile kau xpenat, pukul 6 dah bangun nak rebut-rebut bilik air.
pkul 7.45 dah nak kena masuk class. 

class, class dan class sampai pukul 12.30 baru habis.
hah! xke penat perkara tersebut?
 ngantuk dia jangan cakap lah. 

time to say goodbye. meh kasi lagu sedih, oke xjadi.! sob sob sob.. :")

a little word : aku sedih, photoshoot pertama aku terpaksa dibatalkan. :(